Definisi pemberian

Pemindahan hak milik harta secara percuma oleh orang yang berhak terhadap harta

Hadiah atau pemberian ikhlas tanpa balasan atau pemberian kasih sayang atas sebahagian atau keseluruhan harta kita kepada waris atau bukan waris berdasarkan prinsip yang dibenarkan oleh hukum syarak.

Dalil dalil hibah

Surah Al Baqarah ayat 177

"dia memberi harta yang dikasihinya kepada keluarga yang terdekat, anak yatim, orang miskin, orang yang berhajat dan hamba"

Perkara utama dalam hibah

Mesti ada pengisytiharan pemberian daripada pemberiMesti ada pengisytiharan pemberian daripada pemberi

Penerima mestilah menerima harta tersebut samada dia menerima sendiri atau melalui wakil

Penerimaan hibah mestilah diserahkan oleh penghibah kepada penerima hibah

Secara rumusnya hibah:

Harta mestilah milikan penuh atau mutlak si pemberi hibah tersebut

Hibah akan terus berkuatkuasa kerana pemindahan pemunyaan akan dilakukan pada waktu di mana si pemberi hibah menandatangani dokumen pemindahan

Hibah sesuai dilakukan kepada bukan waris atau untuk waris sekiranya ingin membuat pemberian tertentu kepada penerima tertentu

Jika hibah sudah diterima oleh penerima hibah tetapi penghibah tidak mahu melaksanakan hibah tersebut, maka penerima hibah boleh mendapatkan perintah perlaksanaan daripada mahkamah syariah untuk melaksanakannya sebagaimana yang telah dipersetujui

Deklarasi Harta Sepencarian

Apakah yang dimaksudkan dengan harta sepencarian?

Harta yang diperolehi oleh suami dan isteri

Harta yang diperolehi sepanjang perkahwinan yang sah

Kedua dua pihak memberi sumbangan secara langsusng atau tidak langsung terhadap perolehan harta tersebut

Deklarasi Harta sepencarian telah diguna pakai dan sah di sisi undang undang Syariah mahupun sivil. Dari istilah 'sama sama sepencarian' iaitu amalan lazim masyarakat melayu dulu kala;

Tiada nas Al-Quran atau Al-Hadis

Adat yang baik diterima menjadi undang undang Islam

Di Selangor, deklarasi harta sepencarian ialah:

"suatu harta sama ada harta alih atau tak alih yang diperolehi bersama oleh suami dan isteri hasil daripada usaha dan sumbangan bersama dalam tempoh perkahwinan mereka dan termasuklah juga nilai harta yang diperolehi sebelum mereka berkahwin (harta asal) yang telah dimajukan atau ditingkatkan nilainya dalam masa perkahwinan melalui hasil usaha bersama."

Tanpa Membuat Deklarasi Harta Sepencarian

Proses undang undang yang panjang dan membosankan

Sumbangan perlu dibuktikan

Pembahagian mengikut keputusan mahkamah

Tidak berpuas hati

Pertelingkahan

Melibatkan kos yang tinggi

Kelebihan Membuat Deklarasi Harta Sepencarian
Semua pihak boleh memutuskan dan bersetuju dengan cara pembahagian

Semua pihak benar benar berpuas hati dengan bahagian masing masing

Melindungi hak suami isteri

Mempercepatkan proses pembahagian

Menjimatkan masa

Tiada pertelingkahan

Memberi keselesaan dan memudahkan


Latest Video
login to system
Latest News & Events
Business Partners

Rockwills
As-Salihin Trustee Berhad
Public Mutual
Great Eastern Tokiomarine