Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"orang yang malang ialah orang yang tidak sempat berwasiat"

Hadis riwayat Ibnu Majah

Dan dalam hadis lain Rasulullah SAW menyatakan lagi:

"sesiapa yang meninggal dunia dengan meninggalkan wasiat, maka dia mati di atas jalan ini dan sunnah. Dia mati dalam keadaan bertaqwa, bersyahadah dan dalam keadaan diampunkan"
Hadis riwayat Ibnu Majah

Wasiat ertinya iqrar seseorang yang diperbuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk menyempurnakan sesuatu bagi maksud kebajikan atau apa apa maksud yang dibenarkan menurut hukum syarak selepas dia mati.

Antara fungsi utama menulis wasiat adalah untuk melantik wasi bagi amanah yang ditinggalkan dan wasi bertanggungjawab untuk membahagikan harta peninggalan mengikut faraid atau pesanan yang telah ditinggalkan.

Antara tugas tugas utama wasi adalah:

Mengenalpasti wasiat

Mendapatkan probet

Menghimpunkan semua harta peninggalan pewasiat

Membayar semua hutang pewasiat

Menyediakan penyata akaun

Membahagikan semua harta pewasiat mengikut wasiat

Membahagikan baki harta pewasiat mengikut faraid

Diantara kelebihan menulis wasiat adalah:

Pentadbiran harta pusaka simati

Pewasiat mempunyai hak untuk melantik seorang wasi pilihannya sendiri

Wasi berhak sejurus selepas kematian untuk menguruskan hal ehwal simati

Mengeluarkan resit dan mengesahkan bukti pelepasan ke atas urusan harta simati

Memadai jika wasi wasi yang dinamakan didalam wasiat atau salah seorang daripada mereka memberi pengesahan pelepasan atau resit. Ini boleh dibuat sebelum probet diperolehi.

Terkecuali daripada bon pentadbiran

Bon pentadbiran diperlukan sekiranya tiada wasi

Bon pentadbiran biasa dikenakan sekiranya jumlah harta simati melebihi RM50k kecuali syarikat amanah dilantik sebagai wasi.

Perlantikan penjaga

Pewasiat boleh mewasiat 1/3 harta simati kepada bukan waris, termasuklah untuk tujuan wakaf dan kebajikan.

Mengelakkan pertelingkahan keluarga

Mengelakkan pertelingkahan keluarga dalam perlantikan wasi kerana wasi telahpun dilantik didalam wasiat.

Hak hak seorang benefisiari senang ditentukan melalui wasiat.

Jimat kos dan masa

Probet lebih cepat boleh diperolehi dan menjimatkan kos perundangan.

Membina amanah wasiat

Pewasiat boleh membina amanah wasiat untuk memenuhi kehendaknya

Kelebihan merancang:

Perancangan boleh dibuat dengan teliti

Pewasiat boleh membina amanah wasiat untuk memenuhi kehendaknya

Memastikan apa yang dirancangkan itu menjadi kenyataan

Melindungi kebajikan masa depan waris/orang tersayang

Memastikan harta kita dibahagikan kepada waris yang berhak mengikut hasrat kita

Mempercepatkan pengagihan harta pusaka tanpa perlu menghadapi rintangan dan kerenah birokrasi yang akan dihadapi oleh waris sekiranya kita tidak membuat surat wasiat.

Kita boleh menamakan penjaga untuk waris yang dibawah umur

Kita boleh memastikan hutang kita dunia dan akhirat dibayar oleh waris waris kita melalui harta pusaka yang kita tinggalkan.




Latest Video
login to system
Latest News & Events
Business Partners

Rockwills
As-Salihin Trustee Berhad
Public Mutual
Great Eastern Tokiomarine